Monday, 20 April 2015


Jom bersama Rocker-rockers dan persembahan yang menarik daripada artis Malaysia iaitu Kumpulan Sutera, Bar-G, Terrarossa, Lan Gamma, The Superman, Fantasia, Lestari dan undangan Yazit Search. Tempat adalah terhad, Mari kita gegarkan di Colonial Restaurant & Bar Central Market KL.

lets with us to support our malaysian rockers (rock kapak 80-90an) at COLONIAL RESTAURANT & BAR CENTRAL MARKET KL..any enquiry/resevation please call/pm/whatsapp MR. BOB ( Red Puma ) +60172304198 or MR.IAN ( Mohd Iqbal Abdul Aziz ) +6014-3664726




Tuesday, 14 April 2015



Kumpulan Mega merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Kumpulan Mega merupakan kumpulan penyanyi Rock, Malaysia yang cukup gah di awal tahun 90-an. Dan lagu mereka yang menjadi hangat lagu "Bayangan Guruan" . Anda boleh dengarkan di Radio Rockamania FM.


XPDC lahir dari perpecahan kumpulan Tragedy yang dianggotai oleh Mael (Vokalis), Izo (Gitaris), Man Tobey (Bassis) dan Yazid (Drum). Kumpulan Tragedy hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey telah menarik diri. Yazid dan Man Tobey telah digantikan dengan Lee Space dan Zuar. Nama kumpulan Tragedy kemudian ditukarkan kepada kumpulan XPDC di atas nasihat penerbitnya J.S.Kevin. Ketika mereka mula merangkak mencipta namanya, pemain drum mereka Lee Space mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini. Tempatnya telah diganti oleh Amy bekas anggota kumpulan HANDY BLACK. Lee Space kemudian menyertai kumpulan Def Gab C. Yazid ("wak kang") yang pernah menjadi drummer XPDC kemudian menggalas tugas sebagai Pengurus kumpulan XPDC secara tidak rasmi.

Dan Ini adalah lagu terbaru dari XPDC dengan tajuk lagunya adalah Tanda Tanya yang di keluarkan pada tahun 2014. Anda boleh dengarkan di Radio Rockamania FM.

Janga lupa dapatkan CD yang Original dan hapuskan Cetak Rompak.



Ini adalah lagu terbaru Wings yang bertajuk Menakluk Kosmos dalam mana-mana Radio berkumandang lagu mereka tersebut dan mendapat sambutan lagu mereka iaitu "Ingatkan Dia". Lagu ini tengah meletup di seluruh Malaysia dan janga lupa dapatkan CD yang Original dan hapuskan Cetak Rompak.

Sejarah penubuhan WINGS bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Di situ empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock'N'Roll di sepanjang persembahan mereka. Ketika itu bermulah kelahiran WINGS walaupun kumpulan ini belum mempunyai nama.

Anggota asal WINGS ialah Awie, Jojet, Eddie dan Syam. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Jojet berhijrah ke kumpulan Gersang dan Syam menubuhkan kumpulan baru yang diberi nama Kumpulan CRK.


Ini Lagu Rock Kapak yang di panggil Kumpulan "Sherox" dengan Album mereka bertajuk Awek Rocker, Kumpulan ini di tubuhkan pada 1987, apa-apa pun anda dapat melayan lagu ini di Radio Rockamania FM..



Ini lagu dari Candy yang berjudul  Aku yang Bersalah, lagu ini yang teraik dari artis Rock Wanita dari Malaysia... jom dengarkan bersama kami di Radio Rockamania FM.



Ini adalah lagu terbaik Slow Rock yang ada didalam Radio Rockamania FM... Anda dengarkan dan setia bersama kami di Radio Internet yang terbaik untuksemua lapisan...

Ads 468x60px

Perkhidmatan Pengiklanan disediakan di Radio Rockamania FM, Sila Contact kami.

Banner

Current song: Loading ...
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime Web Proxy

Waktu Solat

Time & Date

Follower Us On Facebook

Follower on Twitter

Blog Archive

Followers Google

Following Weblog